• Tarikh Kemaskini 13 April 2026

Bengkel Retreat Hartanah dan Penjanaan Hasil LPPKN telah membuka tirainya semalam dengan penuh pengisian. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, atas kesudian menyampaikan amanat serta hala tuju strategik organisasi.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Jawatankuasa Hartanah, barisan Pengurusan Tertinggi (TKPP & TKPD), Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri, serta ketua-ketua unit strategik berkaitan.

Fokus Utama Retreat:

Pengukuhan Tadbir Urus: Meneliti semula pengurusan aset hartanah LPPKN secara lebih efektif.

Optimum Hasil: Merangka mekanisme inovatif bagi penjanaan hasil yang mampan.

Sinergi Strategik: Penyelarasan antara cawangan dan unit bagi memastikan objektif kewangan organisasi tercapai.

Semoga retreat ini membuahkan strategi terbaik demi memperkukuh kedudukan kewangan dan kualiti perkhidmatan LPPKN pada masa hadapan.