-
Tarikh Kemaskini 19 December 2025
18 Disember 2025 : Bengkel Sesi Libat Urus Semakan Pelan Tindakan Dasar PEKERTI Bersama Pemegang Taruh dan Remaja telah diadakan pada hari ini bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan yang holistik daripada pemegang taruh dan golongan muda dalam memperkasa Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI). Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.
Dasar PEKERTI merupakan dasar yang memberi pendidikan menyeluruh tentang kesihatan reproduktif dan pendidikan sosial kepada masyarakat.
Bagi tujuan semakan pelan tindakan PEKERTI, bengkel ini melibatkan agensi-agensi pemegang taruh antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jabatan-jabatan dan pelbagai lagi agensi termasuk Badan Bukan Kerajaan.
Pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Goon International Kolej, Universiti Teknologi Mara Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara Negeri Sembilan juga turut serta dalam bengkel ini bagi mendapatkan pandangan mereka sebagai remaja dan kumpulan sasar dalam pelaksanaan Pelan Tindakan PEKERTI.



