• Tarikh Kemaskini 29 September 2026

Sesi Libat Urus (SLU) Zon Timur bagi Kajian Lelaki Budiman Negara telah berlangsung pada 28 September 2026 di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dengan kehadiran Puan Naemah Ibrahim, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu serta melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi, NGO dan pemegang taruh dari Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Sesi ini menjadi platform untuk mendapatkan pandangan, pengalaman dan input peserta berkaitan isu serta cabaran semasa lelaki termasuk faktor risiko, keperluan intervensi serta aspek kesejahteraan lelaki sebagai input penting dalam pelaksanaan Kajian Lelaki Budiman Negara.