• Tarikh Kemaskini 28 November 2025

Pada 26 – 27 November 2025, Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK), LPPKN selaku urus setia Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 Bil.4/2025 bertempat di Zenith Hotel, Putrajaya.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah LPPKN, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, Pengarah Bahagian serta pegawai – pegawai LPPKN. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

 

 

Mesyuarat ini telah menghimpunkan 20 ketua projek bagi pembentangan Laporan Akhir dan Brif Polisi sebelum hasil penyelidikan GP LPPKN 2025 dimuktamadkan. Pembentangan ini bertujuan untuk menilai laporan penyelidikan penerima geran pada tahun 2025. Hasil penyelidikan ini diharap dapat memberi gambaran jelas mengenai keperluan, cabaran dan sokongan yang diperlukan serta mencadangkan langkah-langkah intervensi yang berkesan, seterusnya dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dasar dan program yang lebih berimpak bagi kesejahteraan penduduk dan keluarga negara.