• Tarikh Kemaskini 04 September 2023

3 SEPT- YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merasmikan Program Jelajah Kasih Keluarga Segulai Sejalai anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kampung Muara Tebas, Sarawak.

Program Jelajah Kasih Keluarga Segulai Sejalai yang dilaksanakan oleh LPPKN Negeri Sarawak merupakan usaha-usaha proaktif untuk memberikan kesedaran dan perkhidmatan saringan HPV DNA bagi pengesanan awal kanser serviks dan pendaftaran bagi ujian saringan mamogram dalam mengesan kanser payudara dalam kalangan wanita. Program turun padang ini membolehkan lebih ramai wanita mendapat manfaat dengan inisiatif kerajaan ini.

Program yang berlangsung separuh hari ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WeCaRE), saringan kanser servik (HPV DNA), Pertandingan Memasak, Pertandingan Basikal Berhias, aktiviti KafeTEEN dan Fun Games untuk kanak-kanak.

Program turut dihadiri oleh Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan pemimpin masyarakat setempat.