• Tarikh Kemaskini 08 December 2023

SIBU, 7 DIS. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi di bawahnya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperluaskan pelaksanaan Modul Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) melalui agensi agama peringkat Negeri Sarawak sebagai usaha dalam menangani isu sosial remaja dan kehamilan bawah umur.
Menteri PWKM, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, dalam ucapan penutup Forum Advokasi PEKERTI Dari Perspekstif Agama berkata, "Forum ini adalah inisiatif awalan kolaborasi strategik antara KPWKM dan Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak dalam menyebarluas program PEKERTI di negeri ini."
Seramai 300 peserta dalam kalangan pegawai agama, pemimpin agama tempatan, ibu bapa, guru dan penjaga anak-anak berkeperluan khas telah menghadiri forum ini.  Turut hadir ialah Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan Tengku Aira Tengku Razif, Timbalan Wakil UNFPA (M).