• Tarikh Kemaskini 28 November 2025

Pada 28 November 2025, Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK), LPPKN selaku urus setia Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 telah mengadakan Majlis Penutup Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) 2025 bertempat di Zenith Hotel, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

 

 

Majlis Penutup GP LPPKN 2025 diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua penyelidik dan ahli Jawatankuasa atas dedikasi, kerjasama dan komitmen dalam memastikan kejayaan setiap projek penyelidikan.