• Tarikh Kemaskini 15 February 2023

14 Feb. – Perhimpunan Awal Tahun LPPKN 2023 bertemakan "Mensejahterakan Keluarga Ke Arah Membina Negara Madani" telah diadakan di Dewan Besar Bangunan LPPKN.

Pada majlis ini, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN telah menyampaikan beberapa amanat antaranya;

i) Harapan agar seluruh Keluarga LPPKN kekal komited dan melaksanakan tugas dengan semangat ‘Kita Kan Keluarga’ dalam memberi perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan keluarga;

ii) Memperkenalkan RESPEK@LPPKN iaitu sebahagian daripada program penerapan nilai murni dalam organisasi berlandaskan K.A.S.I.H (skop organisasi) iaitu Kerja Berpasukan, Amanah, Sayangi Organisasi, Ikhlaskan Pekerjaan dan Hormat.

Perhimpunan disertai lebih 400 orang warga LPPKN termasuk Negeri, secara bersemuka dan dalam talian.

Turut hadir Encik Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Suaizan Abdul Jabar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Encik Muhammad Hafizul Ibrahim, YDP Kesatuan Kakitangan LPPKN.