-
Tarikh Kemaskini 19 December 2019
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Sempena Minggu Keselamatan LPPKN dari 27-31 Julai 2015, pelbagai aktiviti dan program berkaitan tentang keselamatan di tempat kerja telah diadakan seperti sesi-sesi ceramah. Di antaranya ialah taklimat Mengenai Ancaman Islamic State yang telah disampaikan oleh SAC Dato' Ayob Khan bin Mydin Patchy (Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas, PDRM Bukit Aman), Encik Jazannul Azriq Aripin (Senior Executive, Cyber Security Malaysia) dan Encik Saiful Hamiruzzaman bin Mohd Hazir (Akademi Kick Start).



