-
Tarikh Kemaskini 01 June 2023
LPPKN KEDAH, 31 Mei 2023 - Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) bersama Wirawati PDRM Kontinjen Kedah telah disempurnakan bersama di antara YBhg. Tn. Hj. Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sarihah binti Jusoh, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kedah.
Program dilaksanakan di Dewan Tunku Ibrahim, Bangunan IPK Kedah ini merupakan kerjasama bersama LPPKN Negeri Kedah dan Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Polis Wanita (JPPPW) PDRM Kontinjen Kedah.
Kempen WCaRe ini bertujuan untuk mempromosikan program saringan kanser reproduktif wanita melalui Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan Saringan Kanser Payudara (Ujian Mamogram) yang dikendalikan oleh LPPKN.
Program yang mensasarkan anggota wanita PDRM ini adalah bagi memastikan barisan hadapan yang menjaga keselamatan negara ini turut mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan ini.
Selain itu, Pegawai Awam PDRM, Ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Pesara PDRM yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk menjalani kedua-dua saringan kanser reproduktif ini.
Turut hadir sama dalam program ini adalah YBrs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Kedah, YDH Supt Mashita binti Ismail, Pegawai Turus, Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Kedah, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Kedah, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Unit LPPKN Kedah dan Ketua-Ketua Klinik NUR Sejahtera LPPKN Kedah.
Terdahulu sebelum majlis bermula, YBhg. Tn. Hj Abdul Shukur dengan diiringi oleh YBrs. En. Dennis Chai telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Datuk Wan Hassan untuk kedua-dua pihak berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu kerjasama dalam bidang pembangunan keluarga yang boleh diterokai bersama demi kesejahteraan Anggota Pasukan dan Pegawai Awam dalam Pasukan PDRM Kedah.
"Perkhidmatan Insklusif dan Bersepadu Untuk Semua"