-
Tarikh Kemaskini 10 December 2024
17 November 2024, Lundu Sarawak - Kem KASIH Keluarga yang berlangsung selama dua hari (16 dan 17 November 2024) berkonsepkan KASIH family vacation berbentuk pengisian edutainment (education and entertainment) melibatkan pelbagai aktiviti santai kerohanian, kemasyarakatan, kesihatan, kesenian dan kebudayaan.
Peserta juga berpeluang menyertai beberapa pertandingan yang telah diadakan semasa Program Perkhemahan Keluarga ini, antaranya Pertandingan Khemah tercantik, Istana Pasir Tercantik, Pertandingan Video Memasang Khemah Paling Kreatif dan Gambar Terbaik “Guided Sunrise Hunting”.
Dianggarkan lebih kurang 210 buah khemah dengan penyertaan seramai 1000 orang peserta dari dalam dan luar Negeri Sarawak.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program Kem Kasih Keluarga ini. Kejayaan program ini adalah hasil usaha, komitmen, dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada setiap ahli keluarga yang hadir. Dengan semangat kekeluargaan yang utuh, kita telah cipta #MomenIndahBersamaKeluarga yang bukan sahaja mengukuhkan hubungan, tetapi juga mengeratkan ikatan kasih sayang antara keluarga.
Terima kasih di atas dedikasi dan semangat yang diberikan sepanjang kem ini. Setiap aktiviti yang dilalui bersama dari senyuman, gelak tawa, hingga titipan doa—semuanya telah mewarnai kem ini dengan penuh makna.
Semoga semangat kekeluargaan dan jalinan kasih sayang yang dipupuk ini akan terus mengalir dan mekar dalam kehidupan seharian kita.