• Tarikh Kemaskini 10 November 2025

Kemeriahan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang telah berlangsung di Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.

Lebih istimewa, majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Bertemakan “KASIH Keluarga, Bahagia Bersama”, tema ini adalah seruan kepada masyarakat untuk menghayati nilai K.A.S.I.H merangkumi Kasih sayang , Akhlak mulia, Sihat dan selamat, Ilmu serta Harmoni yang seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

Majlis pada hari ini juga menyaksikan pelancaran Pakej KASIH MADANI 2.0 sebagai langkah proaktif bagi memperkukuh hubungan pasangan suami isteri serta peranan bapa sebagai tonggak keluarga.

Pakej yang telah dibangunkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan penglibatan para akademik serta pakar rujuk bidang kekeluargaan termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini merangkumi dua modul utama iaitu Modul Romantika Cinta dan Modul Kebapaan.

KPWKM bersama LPPKN akan terus menumpukan kepada pendidikan keibubapaan dan intervensi sosial seterusnya memastikan tiada keluarga yang tercicir dalam arus pembangunan negara.