• Tarikh Kemaskini 04 September 2025

Perancangan keluarga adalah langkah bijak untuk membina keluarga sejahtera. Ia membantu memastikan setiap anak mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, serta membolehkan ibu bapa memberikan tumpuan kepada perkembangan dan pendidikan anak-anak.

Sempena Sambutan Hari Kontraseptif Sedunia, LPPKN mengadakan pelbagai inisiatif menarik sepanjang 1 hingga 30 September 2025:

Ceramah & Forum Advokasi Perancang Keluarga: Dapatkan ilmu dan maklumat terkini mengenai perancangan keluarga dari pakar.

Pemberian Kontraseptif Percuma: Kumpulan sasar layak menerima kontraseptif secara percuma.

Imbas Kod QR: Dapatkan maklumat lanjut dan lokasi Klinik Nur Sejahtera (KNS) berhampiran anda.

Jangan lepaskan peluang ini! Bersama kita Jayakan "Bijak Merancang, Keluarga Sejahtera."