-
Tarikh Kemaskini 03 November 2025
Hujung minggu nanti, ayah dah siap sedia nak bayar saman, ada diskaun sampai 70%
Mak pula dah plan nak cuci mata di Jualan Rahmah & Agro MADANI, anak lelaki ajak masuk KASIH Family Fun Run, anak perempuan teruja nak tengok petting zoo, si kecil pula tak sabar nak main Soopa Doopa!!
Kalau semua nak ke tempat lain, macamana nak semarakkan rasa KASIH dalam keluarga. Jangan pening kepala, semuanya ada di Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025!
- 8-9 November 2025 (Sabtu & Ahad)
- Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya.
Antara aktiviti menarik menanti anda:
- Diskaun 70% bayaran saman PDRM
- Cabutan bertuah bernilai RM20,000 ( untuk peserta fun run)
- KASIH Family Fun Run
- Food Trucks @ Bazaria Keluarga
- Petting Zoo, Soopa Doopa & aktiviti kanak-kanak
- Persembahan pentas & Malam KASIH Keluarga
- MamaCare, inai & promosi Pakej Perkahwinan RAHMAH
- Pemerikasaan kesihatan, pameran & kaunter bergerak agensi kerajaan
Satu lokasi, seribu kenangan
KASIH Keluarga, Bahagia Bersama
https://bulankeluarga.lppkn.gov.my



