• Tarikh Kemaskini 02 December 2024

GOMBAK, 30 NOVEMBER 2024 – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Majlis Resepsi Mahligai Cinta

Perdana anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati di sini.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapan perasmian menzahirkan penganjuran majlis resepsi iniadalah untuk memartabatkan institusi perkahwinan serta memberi peluang kepada pasangan kurang berkemampuan merasai sebuah kenangan perkahwinan paling indah dalam hidup.

Tambah beliau, Keluarga Malaysia pada ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kesukaran mengimbangkan masa bersama keluarga akibat tuntutan kerja, pendidikan anak, penerapan nilai-nilai murni yang semakin terhakis, penjagaananak dan ibu bapa, kestabilan kewangan dan peningkatan kos sara hidup. Kesukaranuntuk mengawal dan mengatasi cabaran kehidupan berumah tangga seperti ini mungkin akan mempengaruhi kebahagian dan kesejahteraan keluarga.

Statistik Perkahwinan dan Penceraian Malaysia, 2024 yang dikeluarkan JabatanPerangkaan Malaysia, mencatatkan penurunan bilangan perkahwinan sebanyak 12.5 peratus daripada 215,022 pada tahun 2022 kepada 188,100 pada tahun 2023.

Berdasarkan dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 86.8% individu bujang mempunyai keinginan untuk berkahwin namun masalah kewangan,ketiadaan calon yang sesuai dan fokus kepada kemajuan kerjaya antara faktor yang mendorong golongan muda untuk menangguh perkahwinan atau memilih untuk tidak berkahwin.

Kecenderungan melewatkan perkahwinan terutama dalam kalangan wanita menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan negara.Trend penurunan kadar kesuburan di Malaysia ini membimbangkan dan mampu mengakibatkan krisis demografi seperti penyusutan pertumbuhan penduduk, mempercepatkan proses penuaan penduduk, kebergantungan kepada pekerja asing, seterusnya memberi impak besar terhadap ekonomi dan sosial di Malaysia.

Justeru, sebagai usaha memperkukuhkan institusi perkahwinan, KPWKM melalui LPPKN turut menawarkan Kursus Pra Perkahwinan SMARTSTART 2.0 sebagai persediaan melayari alam perkahwinan dan membantu pasangan membuat keputusanyang bijak, memahami peranan masing-masing dan mengatasi konflik keluarga sekaligus mengelakkan perceraian.

Untuk makluman, 35 pasangan yang diraikan dalam majlis resepsi ini telah mengikuti Kursus Pra Perkahwinan SMARTSTART 2.0secara dalam talian dan fizikal pada 16 dan 23 November yang lalu.

 

Turut hadir pada majlis ini, YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, YBrs.Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Badlishah ShamBaharin, Presiden IKRAM, Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, Pengarah BahagianKesejahteraan Keluarga LPPKN dan pegawai-pegawai kanan Kementerian serta Agensi.