• Tarikh Kemaskini 04 February 2026

4 Februari 2026 - LPPKN dan Universiti Malaya telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperbaharui kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

 

 

MoA ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya serta disaksikan oleh YBrs. Encik Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga LPPKN dan YBrs. Datin Prof. Dr. Izlin Ismail, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.

Kerjasama bagi tempoh lima tahun ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuh penyelidikan berasaskan bukti serta menyokong penggubalan dasar ke arah kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara.