-
Tarikh Kemaskini 14 November 2023
12 November 2023, Ahad – Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 (BKK 2023) Peringkat Negeri Perlis bertempat di Tasoh Lake Resort, Kaki Bukit, Perlis bertemakan “Keluarga Harmoni, Negara MADANI”.
Program yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 orang ahli Keluarga Perlis dari pelbagai kategori dan peringkat umur ini dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perlis dan Tasoh Lake Resort selaku rakan strategik.
Sambutan ini bertujuan menggembleng peranan dan komitmen semua pihak terhadap usaha mengukuhkan institusi keluarga sebagai asas dalam perpaduan negara bagi memupuk nilai murni sejajar dengan nilai teras Malaysia MADANI.
Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis. Lebih bermakna, sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran YABhg. Puan Najwa Othman, isteri kepad
a YAB Menteri Besar, YB Dato' Yusran Shah Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan isteri, YBhg. Datin Nor'Ashikin Omar merangkap Pengerusi PUSPANITA Negeri Perlis, YB Puan Wan Badariah Wan Saad, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YBrs. Tuan Hj. Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Malaysia. Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan dan wakil.
Program dimulakan seawal pagi dengan Segmen Keluarga Sihat dan Ceria yang melibatkan aktiviti Funrobik KASIH Keluarga dan KASIH Family Fun Walk. Aktiviti ini disertai oleh lebih 200 orang. YB Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berbesar hati melakukan Flag Off bersama Puan Naemah Ibrahim, Pengarah LPPKN Negeri Perlis.
Seterusnya, Segmen Karnival KASIH Keluarga menghimpunkan Perkhidmatan Kesejahteraan Keluarga yang membawa Info Pendidikan Kekeluargaan, saringan kesejahteraan, perkhidmatan perancang keluarga, pendaftaran Ujian Mamogram dan Ujian HPV DNA melalui Pusat Keluarga Bergerak (PKB), Art Therapy, Urutan KASIH Mamacare dan MyPapaCare serta Sesi Interaktif Sahabat KafeTEEN.
Tidak ketinggalan pameran informasi dan perkhidmatan oleh Jabatan/Agensi Negeri Perlis iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), PERKESO, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendidikan. Selain itu, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membawakan Jualan RAHMAH bagi memberi peluang kepada para pengunjung membeli barangan keperluan harian dengan harga berpatutan.
Bagi segmen Himpunan Keluarga MADANI Perlis, aktiviti piknik keluarga "Mai Menyorok di Tasoh", Sukaneka Keluarga Ria serta Kids Corner turut disediakan. Aktiviti lain seperti Soopa Doopa, Naik Tren Ronda Tasoh, Mr. QiQi De Clown dan Photobooth #IniKeluargaSaya antara yang menjadi tarikan sambutan pada kali ini.
Istimewa juga pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan dan pihak Tasoh Lake Resort turut menyumbangkan pakej penginapan percuma kepada tiga (3) keluarga bertuah yang hadir.
Terima kasih kepada semua rakan strategik dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Sambutan BKK 2023 Peringkat Negeri Perlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. ????
"Keluarga Hamoni, Negara MADANI"