-
Tarikh Kemaskini 13 November 2025
Program Kesejahteraan Keluarga 'Soyang Koi Kelanggungan Kito' sempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Kampung Segama Lahad Datu pada tarikh 12 November 2025. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Abdul Shukur Abdullah Ketua Pengarah LPPKN. Program ini merupakan program kerjasama bersama Pejabat Daerah Lahad Datu yang bertujuan mendekati komuniti setempat bagi menyampaikan perkhidmatan utama LPPKN seperti perkhidmatan ujian HPV DNA, pendaftaran ujian Mamogram, saringan kesejahteraan, advokasi BuAI, pameran kaunseling kekeluargaan dan program keibubapaan serta KafeTEEN.



