• Tarikh Kemaskini 16 December 2024

Sarawak, 13 Disember 2024 - Lawatan ke Bangunan Baharu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak yang kini siap sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Turut bersama adalah Pengerusi LPPKN, Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mohd Ali Taib.

Bangunan ini menawarkan pelbagai kemudahan, termasuk :

  • KafeTeen yang menyediakan ruang selesa untuk para remaja berinteraksi.
  • Klinik Nur Sejahtera Kuching (Klinik Satok akan ditutup dan berpindah kesini)
  • Anjung Interaksi, Rekreasi, Intervensi dan Sokongan Keluarga (A1RIS), sebuah pusat khas untuk program pembangunan dan sokongan keluarga.
  • Kemudahan lain yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti.

Semoga kemudahan baharu ini menjadi platform untuk memperkasa institusi keluarga, memperkukuh komuniti, dan menyumbang kepada pembangunan sosial yang mampan di Sarawak.