• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

Majlis Sambutan Konvensyen KIK dan Hari Inovasi LPPKN bagi tahun 2013 telah diadakan pada 8 Oktober 2013 di Dewan Besar, Tingkat 22 Bangunan LPPKN dan telah disertai oleh 11 pasukan.

Perubahan dinamik persekitaran global menuntut penjawat awam untuk keluar dari kepompong keselesaan bagi mencabar status quo dan melahirkan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi kepada perkhidmatan awam dan negara. Seluruh penjawat awam haruslah bersedia untuk mengubah minda dan cara bekerja bagi memastikan penghasilan inovasi secara berterusan dalam semua aspek penyampaian perkhidmatan selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Perkhidmatan” yang meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi.

Bertepatan dengan hasrat ini, “Inovasi : Cabaran Mengubah Kebiasaan” telah dipilih sebagai tema Hari Inovasi LPPKN 2013 untuk mengajak semua warga LPPKN menyingkap tirai keterasingan dan memecahkan tembok kemustahilan yang menghalang kita melaksanakan perkara-perkara yang melangkaui norma kebiasaan. Saranan ini dibuat kerana hasil yang luar biasa memerlukan usaha atau tindakan luar biasa yang menyanggah pendekatan konvensional.

Pengamalan 6 Prinsip yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri secara holistik iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) perlu menjadi pegangan semua warga LPPKN bagi memastikan peranan LPPKN kekal relevan dan kompeten sepanjang masa.

Dengan adanya Konvensyen KIK yang diadakan setiap tahun menjadi satu platform kepada warga LPPKN untuk terus menyumbang idea-idea  kreatif dan inovatif yang bermanfaat kepada organisasi dan negara.

Pasukan yang telah mengondol hadiah pada tahun ini ialah:

 1. Kumpulan KATIK (LPPKN Kelantan).
  Tajuk Projek: Penerimaan Slaid Pap Smear Pecah di Makmal Sitologi LPPKN.
 2. Kumpulan PRO-Q  (LPPKN Terengganu)
  Tajuk Projek: Masalah Untuk Mengenal Pasti Penggantian Jumlah Masa Dalam Waktu Bekerja.
 3. Kumpulan PRO MAMO (LPPKN Melaka)
  Tajuk Projek: Khidmat Promosi Mamogram.