-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
MELAKA, 3 Ogos 2017 - Satu program telah dijalankan bertempat di Dewan Dato' Hj Talib Karim Felda Tun Gaffar Menggong bersama anak-anak FELDA di kawasan itu. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak remaja mengenai isu seksualiti remaja dan cara mencegah dari terjadinya seks luar nikah. Antara fasilitator yang dilantik untuk menyampaikan ceramah adalah dari kalangan mereka yang telah mendapat latihan penuh oleh pakar dalam bidang seksualiti remaja daripada LPPKN.
Para pelajar juga turut diberikan tugasan dalam program tersebut dan di akhir program, para pelajar dilihat lebih faham dan mampu untuk membuat keputusan dengan lebih baik hasil daripada borang Pra & Pasca yang diberikan kepada mereka. Program ini telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka dan FELDA Menggong dengan kerjasama UNFPA.



