-
Tarikh Kemaskini 09 June 2026
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan sokongan, kepakaran dan intervensi awal untuk membantu pasangan yang berhasrat mendapatkan zuriat. Jangan berlengah kerana masalah kesuburan berpotensi dirawat melalui intervensi dan rawatan yang tepat pada peringkat awal.
Melalui Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI), seramai 47,000 pasangan suami isteri dijangka menerima manfaat menerusi inisiatif berikut:
|
|
|
|
SYARAT PASANGAN YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN:
1. Pendapatan isi rumah kurang daripada Rm10,000 sebulan.
2. Pasangan suami isteri yang sah berkahwin dan berdaftar mengikut undang – undang Malaysia.
3. Kedua-dua suami isteri adalah Warganegara Malaysia.
4. Umur isteri di bawah 37 tahun berdasarkan tahun kelahiran.
5. Pasangan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan rawatan subfertiliti daripada mana-mana agensi lain semasa
menjalani program rawatan ini.
6. Kelayakan tertakluk kepada penilaian klinikal doktor yang merawat.
7. Pihak LPPKN berhak untuk mengubah atau menambah terma dan syarat dari semasa ke semasa bagi memastikan
kelancaran pengoperasian Program BuAI.
KRITERIA KLINIKAL DAN PROSEDUR RAWATAN IUI:
1. Masalah subfertiliti primer atau sekunder.
2. Pasangan yang layak menjalani rawatan IUI akan dibiayai untuk maksimum satu (1) kitaran rawatan IUI setahun dan
maksimum dua (2) kitaran IUI seumur hidup.
3. Pembiayaan bagi menjalani rawatan adalah untuk sekali kelahiran hidup sahaja.
4. Subsidi rawatan tidak termasuk kos ujian saringan.
5. Salah satu tiub fallopio tidak tersumbat dan sperma suami mempunyai bilangan dan pergerakan yang normal.
6. Pasangan perlu menghadiri sesi konsultasi dan saringan di fasiliti kesuburan di LPPKN.
Pasangan yang berminat, boleh mengunjungi empat (4) Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) serta tiga (3) Klinik Nur Sejahtera LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klinik Nur Sejahtera LPPKN Selangor dan Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sabah:

Waktu Operasi : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tingkat 6, Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
03-2604 0128 / 03-2604 0081

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Aras Bawah, Bangunan LPPKN,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
011-6066 6021 (Whatsapp)

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Selangor
Jalan Sempadan 16/7, Seksyen 16/7,
40720 Shah Alam, Selangor
03-5511 0915

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Johor
29-37, Jln Bestari ¼, Tmn Nusa Bestari,
81300 Skudai, Johor
07-5588204

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Bertam
8875, Jalan Bertam, Kepala Batas
13200 Pulau Pinang
04-5753630/ 04-5751804

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Sarawak
Lot 3593, Blok 14, Salak Land District
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak
082-375677

Waktu Operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Isnin - Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Sabah
No.6 Lot 54 & No.7 Lot 55, 5, Lorong Ikan Juara,
Sadong Jaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
088-243422



