-
Tarikh Kemaskini 30 May 2023
Lawatan kerja YBTM, YB Hajah Aiman Athirah Binti Sabu ke Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang dimulai dengan meninjau kemudahan di Klinik Nur Sejahtera yang turut menempatkan Pusat Subfertiliti (Zon Utara) yang mula beroperasi pada Julai 2021 lalu.
Lawatan turut diiringi En. Hairil Fadzly Md Akir, TimbalanKetua Pengarah (Dasar) dan Dr. Azura Abdullah, Pengarah LPPKN Pulau Pinang.
Turut mendapat perhatian YBTM adalah pusat AIRIS (Anjung Interaksi, Rekreasi dan Intervensi Keluarga) yang menempatkan unit kaunseling bagi sesi kaunseling kelompok dan individu termasuk terapi kanak-kanak.
Sebelum itu, YBTM sempat menyampaikan pesanan mesra atau teen chat kepada kumpulan remaja di Pusat Remaja KafeTEEN.
Spa MamaCare tidak ketinggalan mendapat perhatian dalam sesi lawatan singkat.
Seterusnya YBTM telah merasmikan majlis penutupan seminar sempena sambutan Hari Ibu peringkat negeri Pulau Pinang yang dihadiri lebih 150 peserta.