-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
Program :#Negaraku_KasihKITA_KPWKM Bersama YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim
Seremban 2, 31 Mac 2017 (Jumaat)
Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan telah menerima kunjungan YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim bagi Program #Negaraku_KasihKITA_KPWKM. Antara tempat lawatan YB Dato' Sri adalah di AIRIS, kafe@TEEN, Klinik Nur Sejahtera dan SPA MamaCare. Antara aktiviti yang telah dijalankan di AIRIS adalah aktiviti mengait sulaman, ceramah agama slot fiqh wanita, cupcakes & bakery. Manakala aktiviti di Pusat Remaja kafe@TEEN adalah Kelas Bahasa Mandarin dan juga Sembang Santai. Seterusnya, Klinik Nur Sejahtera membuat Suntikan HPV dan Pendaftaran Subsidi Mamogram. Seramai 180 0rang komuniti termasuk remaja telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut.
#mohpoienismilan
Oleh: LPPKN Negeri Sembilan



