• Tarikh Kemaskini 13 June 2023

Hari ini telah berlangsung perhimpunan bulanan sempena sambutan ulangtahun ke 57 LPPKN Menerajui Kesejahteraan Keluarga.

Perhimpunan ini turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi ke- 13 yang dilantik sebulan lalu iaitu YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Acara dimulakan dengan sesi lawatan ke Galeri 57 tahun di lobi banguna yang diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP).

Seterusnya adalah Perasmian Wajah Baharu Klinik Subfertiliti di aras 6 iaitu di bawah seliaan Bahagian Reproduksi Manusia (BRM).

Acara dilanjutkan ke Dewan Besar Aras 22. Majlis perhimpunan yang juga boleh dikuti secara dalam talian berjaya mengumpulkan sejumlah 400 orang anggota selain jemputan khas iaitu pesara LPPKN.

Turut hadir adalah Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri berhampiran.