-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Pada 14 Ogos lalu, Pejabat Ketua Pengarah telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah Perhimpunan Bulanan LPPKN kali ke-8. Acara yang dimulakan pada jam 10.30 pagi bertemakan sambutan hari raya mencatatkan kehadiran lebih 200 orang pegawai dan kakitangan LPPKN.
“Saya berharap semangat hari ini lahir dari jiwa yang tulus daripada anda semua. Kita tidak membina semua yang ada hari ini secara sendiri tetapi penglibatan anda semua mampu membuat impian menjadi kenyataan. Semoga nilai dan semangat kerjasama ini dapat kita terapkan dalam mencapai visi dan misi LPPKN”, demikian antara pesanan daripada Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.
Acara diteruskan dengan sambutan hari raya Aidilfitri dengan tema lebih berwarna-warni dan penglibatan semua anggota menggamatkan suasana. Buat pertama kalinya, sambutan dibuat dengan memberi tanggungjawab kepada setiap Bahagian dan Unit untuk menyediakan menu dan juadah tersendiri. Beberapa acara turut dipertandingkan seperti Hiasan Gerai Tercantik dan Busana Hari Raya tercantik.
Pemenang Hiasa Gerai Tercantik
1 - Bahagian Teknologi Maklumat
2 - Bahagian Perancangan Korporat
3 - Bahagian Kependudukan
Pemenang Busana Hari Raya Tercantik
Puan Erny Masdiana Zainuddin (BRM) dan En. Mohd. Fairus Ismail (KPK)



