-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Majlis Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan LPPKN. Majlis menandatangani MOU antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan LPPKN telah diadakan pada 5 November 2014 bertempat di Dewan Putra, Hotel Putra, Kuala Lumpur sempena Seminar Kaunseling Syarie Peringkat Kebangsaan 2014.
MOU ini bertujuan untuk memperkukuhkan bidang kerjasama JAKIM dan LPPKN dalam program dan akitiviti berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan serta perkongsian data dan hasil penyelidikan, bahan penerbitan dan maklumat dalam kedua-dua bidang tersebut.
Turut hadir ialah,
1. YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR HAJI BAHAROM (B)
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
2. YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
3. YBHG. DATO’ SABARIAH HASSAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
4. YBHG. DATO’ HJ. OTHMAN MUSTHAPA
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
5. YBHG PROF MADYA NORMAH MOHD DALI
AHLI LEMBAGA PENGARAH LPPKN
6. YBHG DATO DR SITI NORLASIAH BINTI ISMAIL
KETUA PENGARAH LPPKN



