• Tarikh Kemaskini 10 December 2024

25 November 2024, Kuala Lumpur - YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Seminar Penyelidikan LPPKN 2024 yang berlangsung di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.

Seminar penyelidikan ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi penyelidikan dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif, LPPKN telah mengambil langkah proaktif bagi mewujudkan Geran Penyelidikan LPPKN (GP LPPKN) pada tahun 2021. GP LPPKN memberi peluang kepada 28 penerima geran terdiri daripada penyelidik universiti awam dan swasta untuk membuat kajian lebih mendalam berkaitan ketiga-tiga bidang ini.

Melalui geran penyelidikan ini, ianya akan membentuk satu paradigma atau perspektif baharu dalam memantapkan penggubalan dasar, inisiatif, perancangan dan pelaksanaan program dan pembangunan modul bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Keberhasilan daripada 28 penerima GP LPPKN adalah sangat membanggakan. Ini dapat dilhat daripada penghasilan 28 brif polisi, 25 artikel jurnal, 28 kertas kerja telah dibentangkan di persidangan peringkat nasional mahupun antarabangsa, 7 modul (7), satu (1) buku panduan, tiga (3) aplikasi mudah alih (mobile apps), 12 pendaftaran hak cipta (intellectual property) dan 11 penerimaan anugerah.

Turut sama hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusof, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Pn Juwairiya binti Zulkifli, Tmbalan Pengerusi LPPKN, YBrs. Tn Hj Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan pegawai-pegawai kanan Kementerian serta Agensi.