Tarikh Kemaskini 02 March 2026
PERANAN KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO) LPPKN
| 1. Memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT Agensi yang mengandungi Perancangan ICT dalam menyokong penyampaian perkhidmatan yang selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam; |
| 2. Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik ICT; |
| 3. Menentukan hala tuju sistem aplikasi Agensi dari sudut pembangunan, pengoperasian dan penyelenggaraan; |
| 4. Menyelaras penggalakkan pembudayaan ICT dalam sistem perkhidmatan awam; dan |
| 5. Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT selaras dengan Dasar Keselamatan ICT Kementerian dan Agensi. |



