• Tarikh Kemaskini 14 September 2026

LPPKN Negeri Kedah menerima kunjungan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah LPPKN dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Klinik Nur Sejahtera (KNS) Sungai Petani.

Lawatan meliputi sesi taklimat mengenai status kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan di Pejabat LPPKN Negeri Kedah serta KNS Sungai Petani, diikuti tinjauan ke fasiliti bagi melihat perkembangan pelaksanaan kerja-kerja tersebut.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra dan dialog bersama warga kerja LPPKN Negeri Kedah, selain mendengar taklimat mengenai pencapaian serta perancangan negeri dalam memperkukuh penyampaian program dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam amanatnya, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah menekankan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan komitmen warga kerja dalam memastikan penyampaian perkhidmatan LPPKN kekal berkualiti, responsif dan berimpak kepada rakyat.

Lawatan ini menjadi platform pengukuhan hubungan pengurusan bersama warga kerja serta suntikan semangat untuk terus meningkatkan prestasi dan kualiti penyampaian perkhidmatan LPPKN Negeri Kedah.