• Tarikh Kemaskini 06 April 2026

Kesejahteraan Keluarga di Malaysia kekal menjadi agenda utama melalui pemerkasaan jalinan kerjasama strategik antara LPPKN dan RTM - Radio Televisyen Malaysia.

YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Ashwad Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu. Pertemuan ini memfokuskan kepada peranan kreatif media dalam memperluas capaian program dan kempen LPPKN bagi memastikan setiap manfaat dapat dirasai oleh rakyat secara menyeluruh.

Antara fokus perbincangan:

  1. Memperluas hebahan kempen kesejahteraan keluarga di TV & Radio.
  2. Kolaborasi kandungan kreatif yang lebih segar & dinamik.
  3. Memastikan setiap inisiatif LPPKN benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada rakyat.

LPPKN merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak RTM atas komitmen berterusan dalam memartabatkan isu-isu kependudukan dan pembangunan keluarga sebagai agenda nasional.