-
Tarikh Kemaskini 26 November 2025
Sempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak anjuran LPPKN Sarawak bertempat di Damai Escape Park berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti keluarga seperti camping, treasure hunt, briskwalk, sukaneka, senamrobik, pertandingan Lensa KASIH, persembahan seni, serta sesi sembang santai/pocket talk di pentas utama.
Kem KASIH Keluarga 2.0 yang berlangsung dalam suasana harmoni ini memberi ruang kepada ahli keluarga meluangkan masa berkualiti sambil mengikuti sesi keilmuan dan pembelajaran yang bermanfaat.
Pengunjung turut menikmati reruai agensi, gerai jualan, dan ruang santai “healing” sambil menyaksikan persembahan, selain berpeluang masuk ke Kampung Budaya Sarawak secara percuma dengan aktiviti treasure hunt khas.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN,YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN serta pegawai kanan KPWKM dan LPPKN.



