-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
PROGRAM EKO-FAMILI 2017 dianjurkan dengan kerjasama
- SW Corp Cawangan Utara
- E-Idaman
- Majlis Daerah Pendang
Sambutan Eko-Famili adalah selari dengan Sambutan Hari Penduduk yang disambut pada bulan julai.
Walaubagaimanapun, disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, disamping kekangan jadual yang padat majlis tersebut perlu dilewatkan.
Majlis tersebut dilaksanakan bertempat di :
- - Dewan JKKKP Felda Sungai Tiang.
Pemilihan Lokasi ini adalah hasil perbincangan secara bersama Teraju Keluarga (Family Champion) yang merasakan lokasi ini adalah bersesuaian bagi melaksanakan program berkenaan.
MAJLIS PERASMIAN
Majlis Perasmian Eko-Famili 2017 Peringkat Negeri Kedah, telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hajjah Suraya Yaacob, yang merupakan Exco Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Kedah.
YB Dato’ Hajjah Suraya Yaacob juga merupakan ADUN Sungai Tiang. Kehadiran beliau dalam merasmikan majlis berkenaan dilihat bertepatan dengan majlis sambutan yang diadakan.
PENGISIAN PEROGRAM
Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan semua lapisan masyarakat di pelbagai peringkat umur, antara aktiviti yang menarik antaranya ialah
- Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak
- Aktiviti Mewarna Ibu Bapa
- Sudut Bicara Santai dari Agensi Terlibat
- Projek Runaway 3R dari barangan terpakai
- Aktiviti Pameran Agensi
- Aktiviti Kuis di Gerai-Gerai Pameran
- Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula / Barang Lusuh oleh E-Idaman.
Semua aktiviti mendapat penglibatan yang hangat dari peserta yang hadir semasa sesi program.
TETAMU YANG TURUT HADIR
- Pengarah LPPKN Negeri Kedah
- Ketua Penguatkuasa SW Corp
- Pengurus Syarikat E-Idaman Utara
- Wakil Pegawai Daerah Pendang
- Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
PENYERTAAN
Hampir 300 orang penduduk dan komuniti setempat hadir serta mendapat manfaat dari program yang dijalankan.
Majlis Berakhir jam 3.00 petang.
Sumber: Unit Penerangan dan Pendidikan LPPKN Negeri Kedah



