• Tarikh Kemaskini 15 October 2025

14 Oktober 2025, Sepang - Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU), Penyerahan Sijil Pelantikan ILB (Industry Lead Body / Badan Peneraju Industri) dan Penyampaian Anugerah Konvensyen TVET MADANI 2025 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Zuleah binti Darsong, Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, KESUMA

LPPKN di antara empat (4) agensi yang menerima Sijil Pelantikan ILB (baru) dan 18 lagi agensi yang menerima Sijil Pelantikan ILB (pembaharuan). Pelantikan LPPKN sebagai ILB bagi bidang urutan terapi dan penjagaan ibu selepas bersalin untuk tempoh 3 tahun bermula 1 Oktober 2025 sehingga 31 Disember 2028.