-
Tarikh Kemaskini 28 October 2024
Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pn Rasidah binti Sulaiman , Pegawai Psikologi LPPKN WPKL kerana telah terpilih untuk menerima Anugerah Ikon Kaunselor Berdaftar bersempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2024. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad , Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Diharapkan pengiktirafan ini mengangkat taraf perkhidmatan Kaunseling LPPKN di tahap yang terbaik dan menjadi sumber inspirasi kepada semua anggota dan Pegawai di LPPKN WPKL.
Tahniah sekali lagi Pn Rasidah dan terus maju jaya di dalam karier kaunseling.