• Tarikh Kemaskini 13 August 2026

Bahagian Kesejahteraan Keluarga (BKK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Siri 1: Bengkel Pemantauan Pelaksanaan Kajian Lelaki Budiman Negara bersama UiTM Technoventure Sdn. Bhd. pada 12 hingga 13 Ogos 2026 bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN.

Bengkel ini merupakan inisiatif awal di bawah Fasa 1 pelaksanaan kajian yang bertujuan untuk menyelaras ekspektasi, skop, hala tuju serta pelan gerak kerja antara LPPKN dan pihak perunding bagi memastikan pelaksanaan kajian dapat dijalankan secara sistematik dan bersepadu. Usaha ini bagi memastikan pelaksanaan kajian ini dilaksanakan secara terancang, tersusun serta menepati skop dan objektif yang telah ditetapkan.

Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada En. Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga (BKK), Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, Pengarah LPPKN Negeri Selangor, YBrs. Prof. Marina Yusof, Ketua Perunding dan ahli pasukan perunding daripada UiTM Technoventure Sdn. Bhd. serta pegawai LPPKN daripada Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga dan Pusat Kepakaran Subfertiliti telah menyertai bengkel ini.