• Tarikh Kemaskini 22 January 2026

21 Januari 2026 - LPPKN amat berbesar hati menerima Lawatan Rasmi Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Kehadiran YB Timbalan Menteri PWKM tepat jam 2.30 petang disambut mesra Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah bersama barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan LPPKN.

Lawatan rasmi ini dimulakan dengan tinjauan ke beberapa fasiliti utama termasuk MamaCare SPA, Klinik Fertiliti (FPP), Klinik Subfertiliti, serta Makmal LPPKN bagi melihat dengan lebih dekat perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Semoga lawatan YB Timbalan Menteri ini members inspirasi buat warga LPPKN untuk terus berkhidmat lebih cemerlang.