• Tarikh Kemaskini 09 December 2024

Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 8 Disember 2024 di Dewan Terbuka SK Tanah Liat Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Bertemakan “KASIH Keluarga, Jiwa MADANI”, sambutan yang berlangsung pada hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti. Antara pengisian menarik di Rumah KASIH adalah aktiviti iaitu Pocket Talk, Pancing Ringgit Keluarga, Aktiviti Kaunseling Keluarga, Ujian Stress dan Aktiviti Remaja.

Selain itu, terdapat aktiviti mesra keluarga seperti Craft Corner, Soopa Doopa, badut, kuiz keluarga, pertandingan mewarna, pertandingan timbang bola takraw, Explore Race KASIH Keluarga, Petting Zoo & Animal Show, pameran dan perkhidmatan LPPKN serta agensi, jualan Agro MADANI oleh FAMA dan banyak lagi.

Turut hadir YBrs. Tn Hj Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Encik Nakeli Harun, Guru Besar SK Tanah Liat, YBrs. Dr. Azura Binti Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang, Pegawai Kanan Negeri serta Agensi.