• Tarikh Kemaskini 08 August 2023

Pada 24 hingga 28 Julai 2023 lalu, bertempat di Surabaya, Indonesia, dua (2) orang pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Pn. Rosmonaliza binti Abdul Ghani (KUKK LPPKN) dan En. Suzma Khairitszi bin Mamat (Pegawai Penerangan LPPKN Sabah) telah terpilih menyertai bengkel dan latihan mengenai kesihatan reproduktif, perancang keluarga, perkahwinan bawah umur dan pengurangan masalah bantut.

Bengkel yang berlangsung selama lima (5) hari adalah anjuran bersama Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana Nasional (BKKBN), Indonesia dan United Nation Family Population Fund (UNFPA) turut disertai oleh 12 peserta lain daripada Ethopia (4), Burundi (5), Nepal (2) dan Myanmar (1).

Sesi latihan selama lima (5) hari ini mendedahkan peserta kepada peranan institusi dan ketua-ketua agama di Indonesia dalam penyampaian maklumat mengenai kesihatan reproduktif, perancang keluarga, perkahwinan bawah umur dan pengurangan masalah bantut kalangan bayi dan kanak-kanak.

Sementara itu, peserta turut dibawa ke sesi lawatan lapangan seperti Islamic Hopital RS Haji Surabaya, As Salafi Al Fitrah Islamic Boarding School, Kantor Urusan Agama Tambaksari, Surabaya, Pertubuhan Muslimat Nahdatul Ulama dan Muhammadiyah 2, Surabaya Islamic Senior High School, Surabaya.

Sesungguhnya latihan dan pendedahan yang dikongsikan BKKBN banyak memberi manfaat dan boleh dijadikan contoh dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan advokasi SRH peringkat negara kita.