-
Tarikh Kemaskini 20 November 2025
Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS 25) yang bermula hari ini di Petaling Jaya menghimpunkan lebih 300 peserta merangkumi penyelidik, pembuat dasar, akademia serta rakan strategik bagi membincangkan cabaran demografi negara.
Dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, persidangan ini menekankan keperluan dasar kependudukan yang lebih dinamik, berasaskan data dan diperkukuh dengan daya tahan digital bagi memastikan kesejahteraan keluarga serta masa depan negara terus terpelihara.
Dengan tema “Megatrend Penduduk dan Dinamik Keluarga: Cabaran untuk Masa Depan Lebih Berkualiti”, pelbagai isu kritikal dibincangkan termasuk kejatuhan kadar kesuburan, penuaan penduduk, pemerkasaan wanita dan dasar mesra keluarga.
PERKKS 25 turut menampilkan pembentangan kajian GP LPPKN 2025 serta dua forum utama yang membawa perspektif baharu dalam memperkukuh struktur keluarga dan demografi negara. Hasil dapatan ini bakal menghimpunkan laporan komprehensif sebagai rujukan dasar KPWKM dan LPPKN.
Penganjuran ini adalah kerjasama strategik LPPKN bersama UM, UNFPA Malaysia dan MERCK Malaysia selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat berasaskan data, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan insan.



