-
Tarikh Kemaskini 14 June 2023
LPPKN Negeri Sembilan pada hari ini berbesar hati menerima kunjungan daripada YBhg. Dato Sri Rohani binti Abdul Karim ke Pusat Keluarga LPKKN Negeri Sembilan.
Lawatan ini merupakan kunjungan pertama YBhg. Dato Sri Rohani ke Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan selepas pelantikan beliau sebagai Pengerusi LPPKN.
Sepanjang lawatan beliau ke Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sembilan, beliau banyak berkongsi matlamat dan aspirasi untuk LPPKN di samping berkongsi pengalamannya sewaktu menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pelantikan YBhg Dato Sri Rohani sebagai Pengerusi LPPKN merupakan satu kelebihan buat LPPKN memandangkan "jiwa" YBhg Dato Sri Rohani yang begitu dekat dengan pembangunan dan kesejahteraan keluarga.
YBhg. Dato Sri Rohani juga telah dibawa untuk melawat sekitar Pusat Keluarga dan diberikan taklimat berkaitan fungsi dan fasiliti yang disediakan di Pusat Keluarga seperti kemudahan khidmat kaunseling, perkhidmatan klinikal dan bimbingan remaja di samping program-program kekeluargaan yang dianjur oleh LPPKN Negeri Sembilan.
Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato Sri Rohani turut berkesempatan untuk bersiar secara langsung dalam siaran Slot KafeTEEN Radio bersama Teen Educator di Mini Studio LPPKN Negeri Sembilan. Lawatan diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama warga LPPKN Negeri Sembilan. Turut hadir semasa lawatan adalah Yang Berusaha Tuan Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.