• Tarikh Kemaskini 24 March 2023

11 Mac 2023 - Selaras dengan Pelan Strategik KPWKM 2021-25 bagi meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan kekeluargaan, Projek Pembangunan Pusat Keluarga LPPKN Sabah merupakan salah satu usaha KPWKM bagi menyediakan perkhidmatan kekeluargaan secara setempat bagi membantu individu dan keluarga meningkatkan kesejahteraan hidup secara berterusan.

Penerangan ringkas mengenai Pembangunan Pusat Keluarga LPPKN Sabah kepada YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri Menteri KPWKM disampaikan oleh YBrs. Tuan Hj. Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN. Manakala penerangan status projek disampaikan oleh Tuan Norris, Penguasa Projek JKR Sabah.

Pusat Keluarga LPPKN Sabah bakal menyediakan perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera, Unit Kaunseling Keluarga, Pusat Remaja KafeTEEN, Mamacare, Unit Penerangan dan Pendidikan serta Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam.

Sebagai tambahan, buat julung kalinya Pusat Keluarga di Sabah akan bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling perkahwinan dan berfungsi sebagai Badan Pendamai.

Apabila siap kelak, Pusat Keluarga LPPKN Sabah akan memudahkan rakyat Sabah mendapatkan perkhidmatan berkaitan kesihatan reproduktif, perancang keluarga dan program keibubapaan termasuk remaja.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusof, Ketua Setiausaha KPWKM.