• Tarikh Kemaskini 16 December 2024

SABTU, 23 November 2024: Telah berlangsung Majlis Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak .Program ini telah diadakan di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tun Razak.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah YB Datuk Seri Dr Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta YBrs Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN. Sambutan BKK WPKL mendapat kerjasama bersama Jawatankuasa Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Majlis Perwakilan Penduduk WPKL ,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Klinik pergigian Bergerak Jinjang, dan pelbagai agensi kerajaan dan NGO. Program ini telah berjaya menarik lebih 600 penduduk daripada semua komuniti Bandar Tun Razak.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada sebelah pagi antaranya Senam Sihat BTR, Sukaneka Keluarga, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan HPV DNA, Promosi mamogram, pemeriksaan gigi dan lain - lain perkhidmatan yang disediakan oleh agensi jemputan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.