-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
KUALA LUMPUR, MEI 10, 2014 : Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014 mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 2,000 orang menghadiri sambutan tersebut di Suria KLCC hari ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 (KPKM-4) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004 yang dipadankan kepada Data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menganggarkan lebih 538,000 warga emas mengalami sindrom empty nest. KPWKM amat prihatin akan sindrom empty nest yang sedang menular terutama dalam kalangan ibu yang berusia 60 tahun ke atas. Ini dinyatakan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014.



