• Tarikh Kemaskini 10 February 2026

9 Februari – Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN ke Pejabat Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Ketibaan beliau bersama delegasi LPPKN telah disambut oleh Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah ICU, JPM.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama pelaksanaan Majlis Peluncuran Dasar KASIH Keluarga Negara dan Jelajah Sejahtera MADANI – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat pada 14 Februari selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan dan perlindungan sosial rakyat.