• Tarikh Kemaskini 16 July 2026

Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 yang berlangsung selama dua hari melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh bermakna.

Sepanjang penganjuran, pelbagai perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan perbincangan strategik telah menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, rakan pembangunan serta pelbagai pemegang taruh dalam usaha memperkukuh agenda kependudukan dan pembangunan keluarga negara.

LPPKN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, panel, rakan strategik, peserta dan urus setia yang telah menjayakan sambutan ini. Semoga segala dapatan dan kerjasama yang terjalin menjadi pemangkin kepada usaha membina keluarga yang lebih sejahtera serta masyarakat yang lebih mampan.

Bersama membina keluarga masa hadapan demi kesejahteraan generasi akan datang.