• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Satu majlis graduasi yang amat dinanti-nantikan oleh para pengamal MamaCare kita diseluruh negara dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 251 pengamal Mamacare telah diraikan dengan kehadiran ahli keluarga penerima disambut dengan begitu meriah dan cukup bermakna. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Pengerusi LPPKN. TAHNIAH diucapkan kepada Urusetia dan anggota LPPKN yang terlibat.