-
Tarikh Kemaskini 27 February 2025
BERTAM, 26 FEBRUARI: Peka terhadap penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (Total Fertility Rate), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengambil inisiatif melancarkan Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) di Dewan Pavillion, Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang hari ini.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan pelancaran tersebut. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa Kerajaan Madani telah memperuntukkan sejumlah RM6 Juta melalui Belanjawan 2025 bagi membiayai dua (2) kitaran rawatan kesuburan IUI kepada 1,300 pasangan yang layak secara percuma dan kempen advokasi infertiliti.