• Tarikh Kemaskini 19 December 2019

KUALA LUMPUR, 30 Julai: "Persidangan kali ini merupakan yang paling berjaya dari segi komitmen semua peserta, sekretariat dan barisan penganjur. Terima kasih kepada semua", demikian antara ucapan penutup yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Awang Bulgiba selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 3rd Asian Population Association (APA) Conference di Berjaya Times Square hari ini.

Persidangan yang bermula sejak 27 Julai lalu telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersekali dengan Majlis Makan Malam meraikan peserta seramai lebih 500 orang peserta dan lebih 100 pembentang kertas kerja. Sebanyak 5 sesi plenari dan lebih 300 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang persidangan ini berlangsung. Turut serta ialah Prof. Dr. Terence H. Hall (Presiden APA), YBhg. Dr. Siti Norlasiah Ismail (Ketua Pengarah LPPKN Malaysia) dan Encik Christophe Le Franc (Asia Pacific Region, UNFPA).