-
Tarikh Kemaskini 19 December 2019
PERMATANG PAUH, 7 Februari 2015: Program Mobile CTC (Transformasi Komuniti Bergerak) anjuran Kementerian Kewangan (MOF) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Zainal Abidin bin Othman selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Pihak LPPKN telah memberikan perkhidmatan Saringan Kesihatan, Khidmat Nasihat Perancangan Keluarga dan promosi produk-produk Pembangunan Keluarga kepada hampir 500 orang pengunjung yang turut melibatkan pelbagai agensi Persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Syabas LPPKN Pulau Pinang!



